Rejection doesn't hurt, expectation does. Lie doesn't kill, denial does. 'Forget' doesn't heal, 'Forgive' does

Thursday 8 August 2019

ASASI, MATRIKULASI, DIPLOMA ATAU STPM? dan LIFE AS ASPER

Assalamualaikum everyone. Macam biasa, intro bosan hahahahaha.

Okay malas nak tulis panjang-panjang untuk intro so, let's jump to the discussion of my topic for this post. Entry kali ni ditujukan khusus untuk semua ex- candidates of SPM yang tengah confuse nak ambil haluan atau kerjaya ke mana selepas SPM. Sebenarnya, tujuan aku buat entry ni adalah untuk menyelamat korang daripada taking the wrong path selepas SPM (sobs sobs bercakap dari pengalaman sendiri lol. In fact, takdelah wrong path tapi if i can turn back time, i'll change. More to better option lah).

Image result for confused meme


A LITTLE BIT OF STORY ABOUT MY ASPer) LIFE
*kalau malas nak baca boleh skip, better jangan*

aku sebenarnya bekas pelajar Asasi Sains Pertanian UPM (ASPER) 2018. Aku ambil haluan ni sebab result SPM aku melayakkan untuk apply situ (hahahahaha mcm tak kena je reason tu). Actually, it is tough to apply for foundation (asasi) as the academic qualifications are a bit higher. Tak kisah lah universiti mana pun. Univeristi Malaya (UM) paling susah okay!
Overall, apa yang aku boleh cakap pointer aku untuk asasi tak berapa memuaskan (walaupun above 3.00) and asasi ialah tahun belajar aku yang PAAAALING sengsara (you get me?) and first time aku hadap mental breakdown dalam pelajaran. Asasi ni susah okay! this is the reality. Susah dari segi pelajaran and kau ada masa yang sangat singkat untuk habiskan silibus (sebab setahun je kan).
Time ni aku menyesal kenapa aku ambil asasi instead of diploma hahaha. Ada kawan aku tak sampai seminggu kat Asasi UITM Dengkil dia dah drop tau sebab tak tahan and ambil second intake untuk diploma UITM (aku memula against dia punya decision tapi bila dah habis belajar, aku rasa dia buat keputusan yang terbaik.)

APA YANG SUSAH?

1) Macam Asasi UPM ni ada satu jeee asasi. Kau kena ambik semua killer subjects (no exceptional or choice okay) macam Biology (paling aku tak suka), Chemistry, Physics, Mathematics, English and Agriculture. Lecture 2 jam tu boleh habis satu longgg topic okay and satu sem ada berbelas-belas topik. Nampak macam perkara biasa tapi bila kau dah hadap baru tahu struggle nya untuk catch up semua benda. Belajar laju sangat sampai memang kau terkejar-kejar and kekadang tak sedar pun dah habis topik. Belajar asasi kau kena revise dulu sebelum start satu topik tu to get the idea of the topic.

2) Assignments tu banyak macam biasa and ada lab report. Ada agriculture reports jugak. Ada amali pertanian. Assignments tu depends on lecturer. Ada latihan tutorial jugak yang kau wajib siapkan (and faham) kalau nak score dalam test and exam nanti (sape tak siapkan, jangan harap ah boleh excel). Lecturer Sem 1 aku nice sebab takde bagi banyak sgt assignments (and kelas selalu cancel hahahaha) and dorang pemurah markah. Sem 2 paling busy sebab aku dapat 2 lecturer subjek yang ajar kelas aku je. so memang fokus lecturer ni kat kelas aku jelah. FUHH banyak gila assignments. Sebenarnya, time asasi ni kau memerlukan kelas cancel sebab jadual packed sangat (8 pagi- 4.30 petang kalau tkde lab. ada lab sampai 5.30 ptg) sampai satu tahap mcm tak sanggup dah hahahaahah. Depends on lecturer jugak sama ada nak habiskan kelas awal ke tak. Minggu lab juga akan gilir2 dengan tutorial class. ada lecturer bantai 3 jam tuto (waktu lab) sooo, memang barai gila sampai otak rasa tepu.

3) Macam asasi UPM batch aku, kitorang ada 2 tests and 1 final exam (aku dengar batch baru ni takde test 2). Carrymark basically macam ni:
TEST 1 & 2 -30%
FINAL EXAM- 50%
ASSIGNMENTS (lab and task)- 20%
test tu bearable lah sebab dalam 2 3 topik je masuk. carrymark 15% je. tapi kalau bio even 3 topik pun aku rasa susah! For agriculture subject, ada dalam 5 topik. Dia senang kalau kau baca, hafal dan faham notes tu. Kalau tak study, kau failed (ahahaha insaf lepas failed test 1 agri). Time aku sem 1, test 1 and 2 dibuat malam lepas habis kelas. kau bayang eh, kelas habis 4.30 petang, pukul 8 malam  start test and habis pukul 9 (1 jam). Test dijalankan dalam 2 minggu untuk keenam-enam subjek. sumpah penatttt sebab kekadang tak sempat study. Kebanyakan student stay kat pusat asasi, tak balik hostel pun untuk mandi and bersiap sebab tak sempat. lecture time minggu test pun bukan revision psl test (ada lah sikit je) tapi mostly topik lain. so rutin kau memang gi kelas pkl 8 and nnti sampai bilik dalam pukul 10 baru mandi. balik test jalan kaki sebab tak dapat bas and malas jugak nak berebut. and FYI, hostel jauh okay! memang mengeluh jugak lah kena hadap life camni everyday. Bersyukur jugak ah time Sem 2, test dibuat dalam masa seminggu (everyday ada paper) tapi siang takde lecture. okay sikit lah.

Bila kau masuk ASPER ni, the toughest life kau kena hadap ialah berebut bas. kekadang redha je balik jalan kaki. high competition dengan budak degree juga. Dulu aku duduk Kolej 13. Kalau bas berhenti pick up kat k13 tu bersyukur gilaaaa!!! pagi2 lambat gi kelas sebab tak dapat bas. nak bas boleh tapi kau pegi Putra Food Court (PFC) atau Serumpun. Option lain naik Grabcar.

4) FINAL.  final is the hardest weeks. Hadap jelah 3 minggu ni. Yang ni kau kena hadam banyak gilaaaaa topik. 3 minggu macam lama kan hahahaah tapi tak sempat. bagi aku, yesss kau kena tahu manage time. kalau kau malas study, JANGAN MASUK ASASI. KAU AKAN KECUNDANG.
Aku bukan nak mematahkan semangat korang, tapi kau tahu kan kemampuan diri kau. kau ni jenis orang yang suka belajar mcm mana pe semua. Rasanya dah habis kot pasal ni, nak tau lebih, hadap lah. Life ASPER ni best and stress at the same time. Banyak je benda best tapi kalau nak tau lebih kena PART 2 post lah hahahah :P by the way, i miss my hectic asasi life :')

3 oktober 2018 time chemistry lab


1 oktober 2018 

Last lab of ASPER TT 27 Mac 2019


Alamakkk muqaddimah dah ter over pulak hehehe

ASASI, MATRIKULASI, DIPLOMA ATAU STPM?

1) ASASI

-Lebih kurang macam experience aku, YES itu asasi. Rata-rata tempoh pengajian asasi ni dalam setahun. Aku tak sure uni lain cemana. Kalau kau ada keputusan yang cemerlang, seorang yang hardcore dalam study, boleh study hard, boleh catch up banyak benda dalam tempoh yang singkat, suka cara pembelajaran yang laju, silakan masuk asasi. Kalau bukan, sila maju ke pilihan lain HAHA.
By the way, silibus pelajaran asasi berlainan setiap uni. Buku rujukan semua lain. Kebanyakannya keluaran universiti tersebut. 
-Kalau kau masuk Asasi, kau dah ada special place dalam uni tu. Maksud aku, uni tersebut akan prioritise korang untuk degree. Meaning, ada special quota la. tapi jangan take it for granted pula. Still, kalau nak secure kena dapat pointer 3.5 above kalau nak dapat kos yang kau nak. 


2) MATRIKULASI

Dua kali lima Asasi. Matrikulasi ni lebih mudah daripada Asasi (depends on students juga tapi aku tengok kawan-kawan aku ramai yang 4 flat je). Kalau kau rasa nak shortcut macam asasi tapi nak easier level, boleh masuk matriks. Lecturer aku cakap budak asasi belajar lebih detail dari matrik. Silibus pelajaran matrik ni sama je satu malaysia and kau boleh beli buku rujukan kat kedai buku. Final exam pun serentak dan soalan exam dikeluarkan oleh lembaga  peperiksaan malaysia kot. kalau silap betulkan hahaha. I dont know much pasal matrik so boleh refer blog lain. Matrik ni ada dua jenis, PDT (program dua tahun) dan PST (Program Satu Tahun), tengok tahap kemampuan korang juga. Ada banyak aliran and boleh tukar aliran agak2 kalau tak boleh bawa. Tapi, pandangan aku, kalau kau dapat PDT, lebih baik masuk diploma je. Sebabnya kalau tetiba tak nak sambung belajar, at least kau dah ada certificate untuk kerja pada tahap diploma. 2 tahun tu agak rugi sebab nanti habis belajar tak dapat sijil pun dan kena sambung degree. Agak rugi juga. Matrik ni lebih senang dapat good pointer. Kalau mampu, ambil PST. kalau tak, diploma > PDT :)


*both Matriculation and Foundation provide allowance for the whole 1 year for you (eh, Kementerian Pengajian Tinggi lah bagi). Belajar free lah kiranya. Usually, elaun Asasi lagi tinggi dari Matrik sebab yuran Asasi lagi mahal. Lagi top universiti tu, lagi mahal yuran (sobs yuran asasi UPM mahal, almost 2k)*
*Kau akan sambung Degree dalam tempoh 4 tahun (medic 5 tahun woo). Total 5 tahun kau akan graduate*
*Biasanya,orang apply Matrik and Asasi sebab dorang tak tau nak ambil kos apa kan. sebabnya dua benda ni belajar basic je.  Make sure korang tahu lah. Dah terlambat nak menyesal tak guna :')*

3) DIPLOMA

Usually 2 tahun setengah (yang aku tahu UITM memang 2 1/2 year aka 5 semester). Uni lain aku tak sure. boleh masuk UITM kalau nak jimat sebab yuran murah. Usually orang apply pinjaman PTPTN. Tapi, saranan aku try apply pinjaman yayasan negeri masing2 dulu sebab aku dengar PTPTN ni ada bunga (which will increase the amount that you need to pay if you delay it) dan boleh je kau tak nak bayar asalkan dapat dekan (3.50 above. 4 flat takyah langsung) . then no need to pay back. Rata-rata kawan aku dapat dekan and dorang dapat gak biasiswa. Study style diploma ni more to slow and steady. Kalau kau suka cara belajar macam kat sekolah tu, YES! Diploma is the best pathway for you after SPM. Selepas habis diploma, korang boleh pilih untuk kerja atau sambung ijazah aka degree di universiti yang sama atau lain. Aku rasa lebih baik sambung uni sama so boleh shorten the year (kalau UITM, sambung degree kos sama around 2 1/2 year je). Tapi, lain uni lain tempohnya. ada juga yang 3 tahun. 

4) STPM

Sambung form 6 around setahun setengah untuk semua aliran. Yuran murah. Form 6 cuti lebih kurang sekolah tapi difficuilty level dia high juga. FYI, STPM has the hardest level of examination in Malaysia ni tau. Ramai juga orang repeat sem untuk  STPM ni. tapi sem last (sem 3) tu tak boleh repeat and kalau failed, you wont get sijil STPM  tu. hahahaha dengar mcm seram but everything depend on how you handle your study. Nak dapat pointer 3.00 above agak susah. Tapi aku tengok, ramai je yang berjaya with STPM ni. Orang yang tak dapat matrik, akan dapat STPM and siapa yang nak masuk STPM pun boleh  buat rayuan. Buku rujukan STPM banyak kat kedai. Soalan STPM dikarang oleh lembaga dan ditanda oleh lecturer universiti dan bukan guru STPM (hm a bit unfair because lecturer tak handle student STPM and they mark the papers based on the scheme je).

                                                                               .

Kesimpulannya, keempat-empat pilihan ni, kau akan graduate dalam tempoh lebih kurang sama je (5 years after SPM) kecuali kalau kau kena repeat sem (extend year) hahahahh. Aku nervous tau untuk masuk degree ni hm sebab dahlah 4 tahun. Alhamdulillah aku dapat kos Bacelor Sains Matematik Dengan Kepujian kat UPM jugak (sedih juga sebab aku  nak Major Math dengan Pendidikan tapi takde rezeki hwarghh. aku nak jadi cikgu kot). Bagi aku, kalau kau menceburi bidang pendidikan, terus masuk Institut Perguruan (IPG) and kalau tak passed, boleh try diploma dalam pendidikan. Sebab kalau kau nak shortcut terus ijazah dari asasi or matrik, persaingan agak sengit and quota tu sikit je. Boleh try UPSI jugak tapi kalau program pendidikan dari IPT ni mostly open market and tiada jaminan untuk kau jadi guru kerajaan lepas grad tapi tiket tu dah ada. hmmm aku plan untuk ambil DPLI (Diploma Perguruan Lepasan Ijazah) kalau minat aku untuk jadi pendidik tu still ada.

Akhir kalam, fikirlah masak-masak dan buatlah pilihan yang terbaik. Ukur kemampuan kau. Aku harap semua yang baca entry ini berjaya di dunia dan akhirat. Belajar lah bersungguh-sungguh, jadi manusia yang berguna :). Kalau nak tanya apa-apa, boleh emel aku : frhadbhkmr90@gmail.com

THANKS FOR READING BYEEE <3