Rejection doesn't hurt, expectation does. Lie doesn't kill, denial does. 'Forget' doesn't heal, 'Forgive' does

Tuesday 26 August 2014

Remaja & Rakan

Hi. Assalamualaikum......

Harini time bangun tidur je, sebelum gi sekolah tetiba muncul satu ilham untuk tulis 
entri baru. Haa... Nak cerita ni, bila kita masuk dunia baru means alam remaja or mcm koranglah baru memasuki alam Universiti, kolej mestilah ada perkara baru kan yg kita belajar dari segi cara, budaya dan perbuatan. Contohnya, bila aku masuk sekolah menengah aku nampak ah kelainanan remaja bergaul (couple/ berpacaran// crush), bersocial, berkomunikasi pstu... Banyak lagilah kan kalau nk cerita! Lawak juga bila pikir balik budak setahun jagung cam aku nak ckp pasal pergaulan ni hahahahah.. Tp pengalaman membatasi usia ok *frasa rekaan hehe* Maksud kat situ bknlah bermaksud semakin bnyk benda yg kau lalui semakin tua! TAK TAK TAK ! Tp pengalaman ni lah yg mematangkan kita dari umur kita! Ada pahe? 

Ha ni just experience untuk aku berkongsi dgn blogger semua dgn apa yg aku lalui setakat ni. 
___________________________________________

Masa aku form1 coretan takdir menentukan yg aku kena duduk belakang lelaki, dalam barisan lelaki, dalam group lelaki em camtu lah! *ayat  coretan boleh masuk dalam essay ok (^.^)* Seriously, masa aku drjh 6 aku jarang berhadapan dgn lelaki dan kalau aku ckp dgn laki pun kalau ada benda penting nk ckp. cis, setakat nk sembang kosong jgn harap! hehehehe *nada angkuh* Lg satu pula masalah aku ni kalau f2f dgn lelaki cormfirm cam nervous bkn ada crush ke apa tp natural! Tambah lg kalau nk suruh aku ckp kt depan sensorang hm cam nk gugur jantung, panas bertukar sejuk terus! Temperature down hoho! Aku juga beranggapan perempuan yg bergaul dgn lelaki ni semuanya gediksss!  
Tp bila aku masuk form1 aku mula bergaul rapat dgn lelaki. Apa yg aku rasa? Seriously fun, cheerful, happy!! Takde dlm kamus hidup time brkawan dgn dorg sedih! Ceh over lattew? Kadang2 time belajar pun gelak smpai mcm nk concentrate pun agk susahlah! Pstu bila dh gelak kena tunggu lgi 2 jam nk berhenti! Tp kalau mood gila tkde menda yg lawak pun gelak.Bgi aku bestlah berkawan dgn dorg! Aku juga dh tk gentar kalau kena presentation PBS kat dpn. TAK NERVOUS DAH mcm dulu yey *buat muka happy* Tp yg bencinya bila ada yg ego, panas baran tu hm rasakan sakit hati !!!! Tpi tetiba ada lah insiden yg buat aku terpaksa ah kena jauhkan diri dari sorg budak laki nih dan bla bla bla........... Lastly masa akhir tahun tu kan ada exam, result pun keluar! ( Syabas!!!!! Markah Sejarah.. Jeng jeng jeng jeng 52% for the first time)
Gila ah cormfirm lah aku rasa menyesal gila dgn result cmtu! Rasa bodo* sgt sbb dalam kelas selalu main2! Sumpah menyesal !!! Tp tkpelah segala yg terjadi ada hikmah! Buang yg keruh, ambil yang jernih :)
_____________________________________________
Start form2 aku lebih rapatkan diri aku dgn perempuan tp masih lgi bercakap dgn lelaki *sesetengah* hm time form2 ni aku stress! Sbb apa? Sbb aku dikutuk bla bla...?!!! Serius sape yg tk menangis kalau ada kwn yg prevent kau? Time tu mstilah aku sedih! Hm jdi aku try perbaiki semula kesalahan aku mcm apa yg diorg ckp tu! Yes, aku cuba berubah ke arah lebih baik. Kalau sebelum ni lebih berkawan dgn laki, skrg aku nk rapat dgn perempuan. Tpi.. Biasalah mulut manusia tkde boleh tutup. Diorg tetap berkata-kata juga. Tapi, tkpelah aku ambil kata2 diorg bkn sebagai kutukan tp nasihat. Ha bila dh duduk kat group perempuan? Seriously best juga. Perempuan best. Tpi kekdg biasalah perempuan ada yg moody ada yg ok. Tapi, best haaa! Advantages yg aku dapat? Alhamdulillah markah ujian aku sedikit meningkat. Dan skrg aku nampak apa yg aku improve ni yeayyy! Pandangan aku, perempuan lebih fokus bila belajar. Tak gittew?
 So conclusion.....
Kawan dgn lelaki best tp ada risiko dalam pelajaran tpi kenalah pandai kawal diri kan. Salah aku juga time form1 malas nk belajar sbb PBS ughhhh... :(
Berbalik kpd statement kejam aku tadi 'perempuan yg berkawan rapat dgn lelaki ni gediksss' Dengan ini, saya menafikan 100% ?!! Hahahahahahaha cmni, tk semua perempuan sebegitu! Mcm aku, bila aku brkawan dgn laki, aku tk rasa sejuk kedegang dh kalau kena present! Jadi berkawan dgn lelaki 50-50 (ada buruk dan baik) Haaaa ha ha perkara yg kita wajib ingat ! BATAS ! Tolong lah jgn bercuit, bertampar, bersentuh dan sebagainya yg negatif. Haram dan berdosa tau! Ingat tu :) Tak salah tau kita berkawan rapat dgn lelaki selagi kita ingat batas mahram kita dgn dia! Segala yg baik daripada Allah dan yg buruk daripada saya...

Sekian. Peace yaw hehehe

No comments:

Post a Comment